Pencuri.

USTAZ MENCURI!

Seorang Ustaz dijemput makan malam oleh sepasang suami isteri di rumah mereka.

Setelah Ustaz selesai makan malam tersebut dan ustaz pun dah pulanh, si isteri itu memberitahu suaminya,

“Kita ada kehilangan duit malam ini bang, saya fikir mungkin Ustaz itu yang mengambil duit RM5ribu yang saya letak di meja ruang tamu dekat kipas meja tu…!”

“Saya ingatkan sebahagian dari duit itu saya akan berikan untuk dia…”

Dengan marahnya si suami berkata, “Macam tu, utaz tu pencurilah..! Mana ada orang lain lagi. Kita jangan pergi lagilah ke kuliah-kuliah dia.”

Dua bulan selepas itu, si isteri itu telah terjumpa dengan Ustaz itu di sebuah kedai dan dengan terpaksa menegurnya.

“Assalamualaikum Ustaz! Tentu ustaz perasan kan dah lama kami tidak hadir di kuliah-kuliah ustaz, sebab kami marah pada ustaz!”

“Ingat tak masa ustaz datang makan malam di rumah kami dulu tu, di meja diruang tamu ada duit RM5ribu dan telah hilang, selepas ustaz balik.”

“Ustaz adalah satu-satunya orang yang datang ke rumah kami pada malam itu.”

Bila mendengar kata si isteri itu, Ustaz dengan tersenyum menjawab:

“Ya-ya betul saya yang mengambil duit itu dan saya telah letakan ke dalam Al-Qur’an yang ada dekat situ, supaya tidak berterbangan ditiup angin kipas yang laju dekat meja itu…”

“Maafkan saya kalau waktu itu saya tidak beritahu Puan, kerana saya fikir Puan tentu hari-hari akan membuka Al-Quran!”

Wanita itu amat terasa malu dan meminta maaf daripada Ustaz itu.

Setelah sampai ke rumah, dia terus mengambil Al-Quran tersebut dan menjumpai semula duit RM5ribu itu berada didalam Al-Quran yang sudah dua bulan disitu.

Selama dua bulan si isteri itu dan juga suaminya tidak pernah membuka dan membaca Al-Quran.

Selama dua bulan mereka telah menuduh Ustaz itu telah mencuri duit RM5ribu mereka.

Semoga kita tidak seperti kisah suami dan isteri diatas itu.

Jarang Membaca Al-Quran dan
berprasangka buruk dan menghukum orang lain yang belum tentu bersalah!

Selamat memperingati Nuzul Al-Qur’an.
Tiada Hari tanpa membaca Al-Quran. In shaa Allah.

Leave a Comment